Assalamualaikum..
Ini adalah entry pertama saya. Saya tergerak hati
untuk buat blog ini memandangkan tekanan kewangan yang teruk sedang saya alami.
Hari-hari surf internet untuk dapatkan motivasi mengurus kewangan. Namun tiada
tindakan dilakukan. Means no action no result.
Dalam usaha memotivasikan diri itu, saya terjumpa keratan
akhbar seperti diatas. Walaupun bertarikh sekian lama, hati saya runsing dan
takut. Tambahan pula memang itu situasi yang sedang saya alami. Antara persoalan
yang timbul adakah saya seorang saja yang alaminya? Kalau berterusan macam ini,
tiada makna kerja keluar pagi balik petang, Cuma dapat imbuhan sejumlah ini.
Terus terang saya tidak mahu berterusan macam ini. Manakan
tidak, dengan gaji RM2500, saya hanya mampu bayar sewa RM600, PTPTN RM200,
RM600 makan dan minum, RM500 bayar kereta, RM300 minyak dan tol kereta, RM300
untuk topup telefon bil air elektrik. Maka jumlahnya RM2500. Mana simpanan
saya? Mana jumlah untuk diberikan kepada keluarga? Sedekah pun tidak.
Terdetik disini betapa saya pentingkan diri sendiri
berbanding orang lain. Maka saat ini saya perlu berubah. Its now or never. Untuk
itu, saya akan berusaha lebih untuk memastikan ada sejumlah wang yang akan
diperuntukkan untuk simpanan. Doakan saya semua. Insyaallah.